February 28, 2011

Special Post : Abah

abah. nak tau tak? khalid ingat lagi dulu2 setiap kali kita balik kampung temerloh, bila ada je peluang abah mesti cakap "khalid, jom pergi sungai. kita memancing". punya lah seronok khalid masa tu, xkisah dah pergi mana janji ada aktiviti boleh buat. abah ingat tak jugak, masa khalid amal & kamil kecik lagi, setiap minggu mesti pergi rumah wan/toki lepak kat sana. punya lah seronok sebab khalid boleh buat lagi banyak aktiviti, termasuklah aktiviti tak senonoh iaitu perhambat kambing sampai atas bukit bay route =) hahaha.. lepas tu singgah anak sungai tangkap ikan sebelum abah perhambat khalid pulak sampai telinga kena piat :p hahaha.. khalid ingat lagi masa darjah satu mula2 masuk sekolah, khalid tanya "abah, sekolah habis pukul berapa ek?" dan abah cakap "pukul 6. tunggu sini tau". abah pun terkenal dengan identiti 272 abah :) khalid pun takkan lupa yang setiap kali abah balik kerja setiap sabtu, mesti abah beli beberapa botol minuman yang dah pupus sekarang; susu lembu dengan pelbagai perasa untuk minum petang sekeluarga. abah pun ada beli macam2 barang yang takde jual kat kuantan setiap kali abah kena outstation. kalau tak silap khalid, masa rumah kita renovate & abah baru nak balik dari outstation, abah belikan video game. seronok tak terkira khalid cakap nak cuba time tu jugak walaupun jam dah pukul 2-3 pagi, tapi abah tak bagi :p hahaha... khalid pun takkan lupa yang abah selalu ajak khalid lepak dekat hsbc tempat abah kerja, sementara tunggu abah balik, khalid kat gym main angkat berat, walaupun khalid tahu tak larat nak angkat satu besi pun masa tu sebab kecik lagi :p haha.. khalid pun takkan lupa yang kejadian abah marah tahap gaban sebab khalid dah lenjan vespa abah sampai enjin problem, tapi abah tak pukul pun khalid :b ngeehehe..


dan yang paling khalid akan ingat, pergi dan balik tadika (bukit bayroute & kg jawa), sekolah rendah abdullah, sekolah rendah cenderawasih, sekolah menengah st thomas (form 1-3), masuk kolej, dan waktu pergi kerja; abah akan hantar/ambil khalid dengan vespa kesayangan abah yang umur vespa tu lebih tua dari khalid, tapi masih gagah ^_^ steady lah!


selamat hari jadi abah yang ke-54 ^_^

No comments:

Post a Comment