January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke-25




Tahniah buat Ana Raffali selaku penyanyi untuk lagu Tolong Ingatkan Aku yang baru sahaja menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) malam semalam. 




Dengan kemenangan tersebut beliau telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000. Tolong Ingatkan Aku juga berjaya mengalahkan 13 buah lagu lain yang turut bertanding.




Manakala bagi lagu Drama King ciptaan Taja serta lirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai naik juara dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.




Tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz, dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.





Selain itu, Faizal Tahir pula menggondol anugerah persembahan terbaik menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunai RM10,000).


Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.




AJL25 kali ini bertemakan Music Mapping atau Pemetaan Muzik. Ia telah dihoskan dengan gandingan tiga pengacara popular iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar.


AJL25 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.


Sumber dari MStar online.



2 comments:

  1. huhuhu... aku nak a.p.i menang~ (-_-')

    ReplyDelete
  2. hehehe.. Aku pn.. -_-" Best woo derang perform wlupun ada sket slack yg boleh diabaikan.. :p

    ReplyDelete